Blog utama saya

Friday, June 25, 2010

Contest Dialog Kitty Di R4T




Salam buat semua,



Marilah sama2 memeriahkan Contest ni,kilk disini untuk maklumat lanjut.








Di suatu malam yang hening lagi hangat,disulami bunyi dengkuran insan yang lena diulit intan...pada ketika itu tatkala kie-yu tengah gigih mengupdate entri untuk blog,kesayangan beliau tanpa pengetahuan kie-yu,kedua2 ekor  kucing ala2 hello Kitty yang famous tu memulakan perbualan..iaitu selepas gambar mereka diambil tanpa izin dan hak cipta untuk penerbitan.Adapun kalau kie-yu tau mereka tengah berbual,makanya kie-yu pasti akan terpinga2 dek kerana tak tahu bahasa yang sedang digunakan.

DIALOG A aka kucing Tome

Abang,adik tengok bukan main rancak lagi abang berbual dengan newbie handsome tu?Apa je cerita hot yang dia share sampai Brazil score gol pun abang buat dek je?mioooww

DIALOG B aka Gapil

Emm,dia cerita kat abang yang dia terpaksa lari dari rumah sebab tak tahan penganiayaan tahap gaban yang dah dilakukan tuan yang dia sayang tu.Kisahnya, camni..dia tak sengaja jatuhkan set  5 bijik pinggan free dari Fresh and White yang bini tuan dia kumpul sejak guna ubat gigi tu.Dia lapar lagi masa tu sambil mioow2 banyak kali tapi tuannya buat muka selamba layan bola dengan anak bininya.Sebenarnya dia dah makan tapi sebab tak tahan bau ikan pekasam yang tuan dia order dari opismate tulah yang buat dia lapar balik.Masalahnya,tuan dia tu sorokkan kat belakang kabinet betul2 sebelah set pinggan free tu.Silap dia,masa tengah memanjat tu dia pulak tengah mengigil macam kena parkinson sebab dah tak tahan bau pekasam.Tup2,bila tuan dia jerit 'goooooollll'...terus dia terkejut beruk mak yeh langgar pinggan tu...haa apalagi...'praaannnnkkkk' sound effect pinggan tu jatuh membuatkan bini tuannya tu terus ambik penyapu dan belasah tahap TKO.Yang dia sedih,tuan yang dia sayang tu buat tak tau je apa yang bini dia dah buat.Bila dia bawak diri..macam2 scene yang ala2 Amazing Race pun ada.Mungkin rezeki dia dapat jumpa tuan kita ni,dan bertambah2lah rezeki dia sebab dah bagitau abang nak usha2 kau..katanya  dia dah 'Falling In Love' kat kau.Nanti boleh tambah2 baka keluarga kita...hehehe...miooww


 
Bila Tome dengar abangnya,Gapil cakap macam tu maka malu2 miiiooowlah dia.Tak sangka ada yang nak meng'usha'nya walaupun dia tak matured lagi...mioow ^_^

1 comment:

Mrs. Q! said...

Hehe~
bolah tahan
kite tgk apa kata kekanda ye
wish u best of lux
thnx sudi join contest ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...