Blog utama saya

Wednesday, June 30, 2010

Contest One Day I Will..


Blog Badge



Salam buat semua,



Marilah sama2 memeriahkan Contest ni,kilk disini untuk maklumat lanjut.





Satu hari nanti Saya harap saya akan jadi seorang yang BERKERJAYA..



YA..Itulah impian saya dan suami..punya kerjaya sendiri bila dah habis belajar nanti..sangat2 impikan sejak kami belum berkahwin lagi.


KENAPA?







Saya dan abang memang dari latarbelakang yang sama-kami bukan dari keluarga yang senang.Pada mak dan ayah,harta yang dapat mereka bagi ialah dari ititik peluh mereka yang menyekolahkan kami dan ilmu yang kami peroleh sekarang.Sampaikan saya tak akan lupa dan masih terngiang2 bila mak katakan..


"Kak,mak abah minta maaf sebab kami tak ada harta nak bagi..Kalau kakak belajar rajin2 dan berjaya,ilmu yang kakak dapat tulah yang akan beri kesenangan"


Entahlah kenapa bila saya ingat balik kata2 ni sambil tatap wajah sayu mak,mesti terasa air mengalir dipipi T_T....Mak Abah...Insya Allah kakak akan balas segala jasa mak dan abah.Kakak akan cuba mengubah nasib keluarga kita T_T





Sejak awal2  belajar dalam Diploma lagi saya dah terbeban dengan hutang pinjaman pelajaran untuk membiaya pengajian saya.Dan saya sememangnya sudahpun banyak 'berhutang' dengan mak dan abah sejak 8tahun saya mula jejakkan kaki dalam IPT,hingga sekarang,bantuan tu tak terhenti lebih2 lagi saya yang masih belajar negara orang.Keperluan itu semakin besar dengan hadirnya 2permata hati dalam hidup kami.Saya tau abang sudah terasa sedikit terhimpit,tapi apakan daya saya..hanya mampu membantu sekadar mampu.




 Ya,saya membulatkan hati untuk punya pendapatan sendiri dan langsung selesaikan sikit2 hutang2 pelajaran saya yang tertunggak bila saya punya pekerjaan nanti.




Yang paling penting sekali,melalui kerjaya jugalah saya punya saluran untuk perkembangan lagi ilmu yang saya ada.Misalnya kalau saya seorang guru..insya Allah sedikit sebanyak tu bolehlah saya kongsikan dengan anak murid saya.Moga ilmu agama yang dibawa ni bakal menjadi penguat ummah khususnya di Malaysia.



Tak sabar nak bergelar insan istimewa  macam ni..bakal dikenang sepanjang hayat






BAGAIMANA?



Ikut pengalaman sekeliling dan pembacaan,peluang kerjaya bagi lulusan Syariah Islamiyyah sangat tinggi dalam sektor pekerjaan,tak kiralah kerajaan atau swasta.Cuma saya kena bijak cari peluang2 tu memandangkan banyak persaingan2 dari lulusan graduan yang ada...sama ada Universiti tempatan atau luar negara.Insya Allah jika ada kemahuan pasti akan Allah berikan jalan...saya yakin janji Allah itu.Jadi,lepas ni saya tak perlulah terlalu memilih pekerjaan dan cerewet sangat walau hanya menjawat jawatan biasa saja.











Doa saya pohonkan agar Allah memperkenankan niat suci saya dan abang untuk sama2 berusaha memberikan yang terbaik buat keluarga kami.Saya sangat percaya bantuan Allah. sekiranya tidak berjaya pada waktu itu,saya akan mohon lagi dan lagi. Namun saya yakin Allah tidak akan mensia2kan hambanya yang meminta. Allah Maha mengetahui. Sesungguhnya Allah yang Maha Hebat, tahu segala2nya. Doa kita padaNya perlu lebih intim dan privacy. Kita tidak perlu terlalu formal untuk berbicara denganNYa.Bicaralah dari hati, apa yang ada dalam hati. tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk menyusun kata. Subhanallah, indahnya berbicara denganMU....



3 comments:

Hidayah Ismawi said...

I hope you will achieve your dreams..

Thanks for entering the contet :) Good luck!

Kie-yu said...

ouh
wish both of u best of lux ;)

Mus said...

wish you best of luck

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...