Salam buat semua,
Marilah sama2 memeriahkan Contest ni,Klik Sini. untuk maklumat lanjut.
Yang Pertama kene Upload gambar Foto lama yang menarik...
~TAK DAPAT MASUK KATEGORI NI...GAMBAR SEMUA ADA PADA FAMILY DI MALAYSIA~
Kedua kena cerita pasal memori yang tak boleh dilupakan...
Agaknya beginilah kami adik beradik sedang memasak kucing..huhu
-Ihsan En Google-
Kisah kami Memasak Anak kucing
Memang saat yang saya dan abang tak akan lupakan sampai bila2.....walau nampak menjijikkan tapi itulah hakikatnya..kami 2beradik tak tau apa2 sebab masa tu saya berumur 2 tahun dan abang long saya berumur 3 tahun.Kami satu family(Abah,mak,abang long dan saya)pulang ke kampung abah di Segamat,Johor sempena abah yang bercuti seminggu untuk sikit urusan di kampung.
Memang saat yang saya dan abang tak akan lupakan sampai bila2.....walau nampak menjijikkan tapi itulah hakikatnya..kami 2beradik tak tau apa2 sebab masa tu saya berumur 2 tahun dan abang long saya berumur 3 tahun.Kami satu family(Abah,mak,abang long dan saya)pulang ke kampung abah di Segamat,Johor sempena abah yang bercuti seminggu untuk sikit urusan di kampung.
Nak dijadikan cerita,memang apa saja yang abang buat,mesti saya akan buat sama.Dengan kedudukan bahagian2 di rumah kampung tak sama macam di bandar-ruang tamu di tingkat atas,dapur di tingkat bawah dan pelantar bilik mandi di bahagian luar rumah.Menurut cerita mak,arwah nenek sedang masak nasi di atas dapur sementara yang lain rancak berborak di ruang tamu.Kemudian arwah nenek meletakkan periuk nasi di atas lantai dapur sementara menunggu makan tengahari.Mungkin terlepas pandang dengan kami 2beradik, kami berdua turun ke dapur bersama2 sebab tau di bawah memang banyak kucing yang arwah atuk dan nenek pelihara.Menurut cerita mak lagi,mungkin kami tak tau dalam periuk tu ada nasi yang masih panas,jadi abang ambil seekor anak kucing yang baru
dilahirkan yang ada kat dalam kotak ditepi dapur dan masukkan anak kucing tu dalam periuk sementara saya memegang senduk macam cara memasak.Mak dengar bunyi anak kucing yang kuat dan bunyi bising ibu kucing.Bila mak ke dapur,terkejut dan hampir nak muntah sebab anak kucing yang separuh hancur sedang kami gaulkan di dalam periuk nasi tu.Apa lagi....dengan cepat arwah nenek minta mak buangkan sekali periuk di hujung kebun sekali dengan tutup periuk dan senduk yang kami guna.Kata mak lagi,nak dimarah kami masih kecil lagi...tapi memang mak kata mak silap sebab leka biarkan kami bermain di dapur.Mujur tak ada apa2 yang berlaku.Sampai sekarang,bila mak buka cerita tu pasti kami akan ketawa dan malu pada diri sendiri...hehe.
Alhamdulillah,abang sudah berkawin dan punya seorang anak dan saya pula sudah punya 2permata hati dan masing2 juga sudah punya haluan hidup sendiri.Rindunya saya pada abang saya yang jauh dimata sekarang.....
Ketiga pasal nama manja masa kecik-kecik dulu...
Dari saya lahir sampai saya dah jadi ummi pun tetap family saya panggil dengan nama ADIK.Adik tu gelaran saya masa saya kecik2 sebab saya lahir hanya selang setahun selepas abang saya lahir.Kata mak,memang tu cara mak nak kenalkan saya pada abang saya yang dia ada adik.
"Abang sayang adik tak?
"Abang,ajak adik main sekali boleh?"
Walaupun adik saya lahir 2tahun lepas tu,tetap famiy saya memanggil saya dengan adik.Kata mak,dah terbiasa...dan kalau dengar nama adik,saya yang berpaling dulu...begitulah sinonim nama adik dengan saya.
Cuma antara saya dan kawan2 yang ada pelbagai nama.Kadang2 dipanggil Aini,Ani dan kadang2 nama penuh Rohaini.Tapi tak apa,kan...panggilan/ gelaran yang baik2 juga satu doa.
1 comment:
gd luck yer >_<
Post a Comment