Blog utama saya

Tuesday, July 27, 2010

giveaway04 : mamakuQis BIG giveaway




giveaway04

tips to strengthen marriage
closing date : 27 july 2010, 12.00pm


...






..










..



Tajuknya mencabar perlu diteliti
Rasa teruja nak sama sertai,
Moga tertawan hati puan Juri



Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

 
ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE




Dan Firman Allah:
Wanita-wanita yang jahat adalah untuk laki-laki yang jahat, dan laki-laki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat; dan (sebaliknya) wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. [al-Nur 24:26] .









Daku hanya insan biasa,
punya naluri inginkan cinta,
Tapi daku tak mencarinya,
Alhamdulillah Allah temukan dia.


Berkenalan tak sampai sebulan,
Kawan sekuliah yang mainkan peranan,
Hanya tawakkal kami iringkan,
Yakin inilah jodoh yang Allah tetapkan.





Walau apapun perancangan yang dibuat,
Perancangan Allah adalah yang tepat,
Kami masih belajar ketika diikat,
Moga ini penguat semangat.



Allah berfirman:
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)


dan 


Rasulullah SAW bersabda:
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)


Keluarga setuju kami bersama,
Daku dilamar sebagai tanda,
Bertunang hanya sebulan saja,
Ikatan termetrai dengan lafaz akadnya.




Akhirnya bersama tanpa bercinta,
4tahun meredah rencah hidup bersama,
Dikurniakan permata penguat cinta,
Doaku moga bahagia selamanya.


 Kami tiada honeymon,terus sambung belajar di Mesir(Bergambar di sempadan Mesir-Palestin)


 Peluang bercuti di Malaysia pada kelahiran pertama(kenangan di Putrajaya)


2 permata hati kami..penyejuk mata penawar hati

Nak dikatakan pakar jauh sekali,
Daku hanya sekadar berkongsi,
Mana yang baik diteladani,
Mana yang salah jangan diikuti.



5tahun pertama Fasa berkenalan,
Dalami dan teliti sifat pasangan,
Memang perjalanannya banyak dugaan,
Tabahkan hati kuatkan Iman.



Walau dah kahwin perlu dalami ilmu
Tambahkan pengetahuan sudahlah tentu,
Mantapkan ia..janganlah jemu,
Buat bekalan ketika perlu.


Tolak ansur perkara utama,
Sabar dalam tindakan kita,
Banyakkan aktiviti pengikat mesra,
Peranan seksual juga jangan dilupa.


Bantu membantu cabang berumahtangga,
Mudahkan kerja bertambah bahagia,
Sama2 rasa senang dan susahnya,
Mana yang kurang ditampung bersama.


 Sampai disini ku akhiri,
Hanya tawakal sepenuh hati,
Semua syarat telah ku patuhi,
Moga ada rezeki ku nanti.


Sebagai penutup ku sertakan,
Tips dari yang pakar dan berpengalaman,
Mudah difahami untk diamalkan,
Moga kita semua beroleh kebahagiaan.





Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah


Ustazah Siti Nur Bahyah berkata,




1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.


5) Siti Nur Bahyah berkata! , P seterusnya mewakili 'persefahaman'


6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.


8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ial ah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.



1 comment:

hana.basri said...

very very good from Islamic point of view. really benefit ur readers :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...