Blog utama saya

Thursday, August 19, 2010

Contest Apa yang perlu Melati makan untuk kurus?


Salam buat semua,

Marilah sama2 memeriahkan Contest ni,kilk disini untuk maklumat lanjut.

Buat Cik Melati,ini hanyalah cadangan saya saja yea.Boleh dibuat pada masa yang sesuai untuk Cik Melati,tapi biasanya kalau sahur tu nak yang simple tapi sedap dan yang penting buka selera,kan?Cuma masa berbuka tu boleh buat yang berat sikit tapi pengambilannya boleh dihadkan-contohnya macam resepi sambal dibawah.


Resepi Sambal Udang Petai

Bahan-bahan
250gm udang [buangkan kulit dan bersihkan]
15 biji buah petai
1 labu bawang besar [potong gelang]
5 sudu besar jus lemon-kalau nak lebih masam boleh tambah
1 1/2 s/b sos tomato
2 sudu besar Minyak jagung/minyak bijan
Garam
Gula

Bahan Mesin
10 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Masukkan jus  lemon dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.
*untuk Cik Melati-gunakan mangkuk kecil untuk menyukat paras nasi.


ikan goreng berempah:

ikan/ikan ketul atau tenggiri etc
gaul ikan dengan garam, kunyit, cili boh, serbuk lada hitam, dan limau nipis... perap setengah jam dan goreng,seeloknya gunakan minyak zaitun untuk menggoreng.. bahan bahan rempah ni lebih sikit tak pe sebab rempah yang dah dimasak nanti boleh tapis dan sedap dimakan dengan nasi panas.


Kalau untuk cadangan dibawah sesuai kalau dibuat masa bersahur.

sandwich
roti double diletak inti tuna/sardin dan dibakar guna sandwich maker..senang dan kenyang..

Rebus
Ata Cik Melati rebus je fish ball ke...meatball ke... cicah dengan sos...cepat dan mengenyangkan.Jangan digoreng.

Meggie Berkhasiat:

Rebus dulu mee meggie-untuk lembutkan meenya dan kurangkan bahan dalam mee tu.Tos dan tepikan.

Didihkan air(ikut sukatan kalau nak lebih kuah boleh lebihkan air),masukkan bawang putih,bawang merah,cili api(semuanya dipotong)dan kiub ayam.

Masukkan sekali sayur kegemaran Cik Melati dan pecahkan telur(jangan gaul telur tu,biarkan ia masak dalam kuah tu sendiri)Kalau Cik Melati nak tukar daging,ayam pun boleh,tapi lambat sikit nak masak.Tambahkan sikit garam secukup rasa.Dah siap,bolehlah dimakan panas2.
(Bezanya disini mee meggie tu tak guna pun perencahnya,lebih berkhasiat dan lebih sedap)

Sup
Sup daging, sup ikan merah, sup tulang, sup ayam, sup tomyam.. paling suka sup dan banyak2 veggie - broccoli, carrot, mushroom, celery, kentang. Senang masak sup ni, semua boleh pakai masuk. Paling best, sup cicah dengan roti bakar atau meehon yang dah dicelur. Tak perlu makan nasi sebab dah letak banyak sayur.
*Sayur macam broccoli tu pengganti nasi... protein tu boleh diperoleh dari fish ball..

Untuk  pembuka selera(kalau makan dengan sup atau yang rebus2,boleh buat sambal kicap yang tahan lama(boleh simpan dalam sebulan di peti sejuk-dengan syarat jangan gunakn sudu yang basah)

Cili api-ikut suka kepedasan tahap berapa
Bawang putih dalam  3,4biji
Kemudian bahan2 tu digoreng dengan sikit saja minyak hingga sedikit kuning/garing,kemudian blend dengan kicap (boleh guna cap kipas udang),gula secubit sampai hancur.Kicap boleh guna banyak ikut suka.


Sedikit tips untuk Cik Melati:

*Sebenarnya,boleh makan nasi dengan syarat hanya sekali saja.Kalau bersahur dah makan nasi,berbuka boleh makan selain nasi dan mcamtulah sebaliknya.Boleh juga makan sahur dengan Quaker Oat,Nestum yang boleh Cik Melati pelbagaikan ikut citarasa cth:letak kismis,kiwi,aprikot bersama.

*Hadkan nasi hanya semangkuk kecil saja sukatannya(buat ala2 restoran)

*15minit sebelum nak mula bersahur boleh minum air suam segelas dan sangat2 elok kalau mulakan berbuka dengan air suam juga dan kurma. Air banyak bantu untuk mengenyangkan kita sebelum tiba waktu makan.Dan kurma buat penambah tenaga sepanjang berpuasa.

*Jangan makan sambil berselangkan air-buatkan perut cepat buncit dan makan lambat hadam.

*Sup juga salah satu cara mudah dan senang untuk kita sediakan dalam menu diet kita sewaktu berbuka/bersahur.    

*Kalau boleh kurangkan minum air manis sewaktu berbuka.Dan yang terbaik minum air masak/air suam secukupnya.Mungkin Cik Melati boleh minum air manis 2,3hari sekali.Sebenarnya air manis banyak membantutkan usaha kita untuk kurangkan berat badan.
  
*Kalau nak buat air yang berkhasiat,blendkan saja buah2 kegemaran Cik Melati.Manis jus tu datang dari manis buahnya.

*Dan kalau inginkan air panas yang berkhasiat,boleh gunakan Teh hijau(saya guna teh Ahmad).Masukkan 1 teh uncang dalam gelas,tuangkan air panas dan masukkan 1 sudu gula saja dan perahkan lemon/limau kasturi sekali.Bukan saja sedap tapi dapat membantu dalam mengurangkan berat badan.  

Itu saja yang dapat saya kongsikan dengan Cik Melati..jika kekurangan,harap dimaafi.Moga kita sama2 dapat target apa yang diingini sepanjang berpuasa nanti.Selamat Menjalani Bulan Ramadhan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...