Blog utama saya

Tuesday, August 24, 2010

1st SOLID FOOD FULL WITH LOVE GIVEAWAY


Salam buat semua,

Marilah sama2 memeriahkan Contest ni,kilk disini untuk maklumat lanjut.



Kak Fizah aka Sitisifir buat giveaway untuk  baby Ahmadi comel yang dah lepas tempoh fully BF.Resepi2 ni bukan saja sesuai untuk Ahmadi,tapi satu family pun boleh sama2 makan...sedap.

Senarai  resepi ni dah saya guna pakai untuk anak kedua saya lepas usianya 6bulan.Ada resepi yang ikut kesuaian umur baby tapi alhamdulillah anak saya setakat n tak ada apa2 alahan selepas memakannya(sejak umurnya 7bulan dan sekarang umurnya sudah 10 bulan)






---------------------------------------------------------------------------------------
 


Bubur Oat Dengan Buah

Bahan-bahan
15g oat
100ml susu perahan atau susu
10g pisang, epal, mangga atau betik segar – dilenyek
100ml air

Cara memasak
1. Masak oat menggunakan ½ cawan air.
2. Apabila campuran mula mendidih, perlahankan api dan renehkan sehingga likat dan lembut.
3. Tambahkan susu, masak selama seminit.
4. Padamkan api dan biarkan sejuk.
5. Campurkan buah sebelum dihidang.

Resipi ini sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak.

----------------------------------------------------------------------------------------

Bubur Nasi Bersama Ayam Cincang dan Lobak Merah
 
Bahan-bahan
10g beras
6g daging ayam – dicincang halus
10g lobak merah – dipotong dadu dan direbus hingga empuk
500ml rebusan stok ayam

Cara memasak
1. Masak beras bersama stok di dalam periuk. Kacau sesekali.
2. Apabila beras sudah menjadi bubur, tambahkan lobak merah dan daging ayam cincang. Renehkan sehinga masak.
3. Sejukkan dan hidang.

Bagi bayi yang berumur 6 – 8 bulan, resipi ini boleh dihidangkan selepas dilenyek.

----------------------------------------------------------------------------------------

Mi Ikan

Bahan-bahan
12g kepingan isi ikan – dihiris nipis
20g ikan bilis – ditumbuk halus
10g mi
3g bayam atau sayur berdaun (choy sum / sawi) – dipotong halus
500ml rebusan stok ayam

Cara memasak
1. Rebus mi di dalam periuk sehingga lembut. Tapis dan bilas dengan air sejuk.
2. Cincang mi halus-halus. Asingkan ke dalam mangkuk berasingan.
3. Masak bayam atau sayur berdaun yang telah dipotong di dalam stok sehinga lembut.
4. Tambahkan kepingan isi ikan dan mi ke dalam sup dan didihkan selama satu minit.
5. Sejukkan dan hidang.


----------------------------------------------------------------------------------------


 jus sayur-sayuran(selain buah2han)

1. Basuh sayur  yang diingini menggunakan air bersih yang mengalir dan letak ke dalam bekas yang bersih.
2. Tambah 150 ml (2/3 cawan) air dan rebus lebih kurang tiga minit atau sehingga sayur menjadi lembut.
3. Tapis jus menggunakan alat tapisan (tekan sayur yang telah direbus dengan sudu untuk mendapatkan lebihan jus)
4. Hidang jus kepada bayi menggunakan cawan bayi.


-----------------------------------------------------------------------------------------

Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.

3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya

Caranya:
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan
 ----------------------------------------------------------------------------------------

Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bayi 8 bulan ke atas. 
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air 
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.

Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.

------------------------------------------------------------------------------------------



Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa...tapi boleh juga buat untuk baby . Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...

Bahan-bahan
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli


Cara-caranya
Kukus semua bahan..

Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat.

-------------------------------------------------------------------------------------------


Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.

------------------------------------------------------------------------------------------
Puding Roti Epal
 
Bahan-bahan:
150g @ 1 biji epal merah sederhana besar
22g @ 1 keping roti putih, dipotong kecil
125ml @ 1/2 cawan perahan susu ibu / bancuhan susu tepung

Cara memasak:
1. Potong epal kepada 4 bhgian. Buang bhgian tengah, kukus selama 10-12 minit
hingga lembut dan angkat.
2. Buang kulit dan kisar epal hingga halus
3. Lenyekkan roti ke dlm susu dan hidangkan bersama puri epal


 -----------------------------------------------------------------------------------------
Kue Teow Bersama Ayam diracik dan Tomato

Bahan-bahan:
60g @ 6 sudu makan koayteow lembut, dibasuh dan dipotong kecil
24g @ 2 sudu makan daging ayam diracik halus
10g @ 1 sudu makan tomato tanpa kulit dan biji dipotong kecil
20g @ 4 sudu kecil bunga kobis dipotong kecil
750ml @ 3 cawan air stok ayam

Cara memasak:
1. Didihkan air stok. Masukkan tomato, bunga kobis dan ayam.
2. Setelah empuk, masukkan koayteow dan biarkan mendidih
3. Apabila telah sejuk bolehlah dihidang

 -----------------------------------------------------------------------------------------

Makaroni Ikan

Bahan-bahan:
24g @ 2 sudu makan isi ikan yg dicincang halus
20g @ 2 sudu makan makaroni
6g @ 2 sudu makan sayur bayam/sawi dicincang halus
750ml @ 3 cawan air stok ikan bilis

Cara memasak:
1. Rebus makaroni hingga lembut. Tapis dan biarkan sejuk
2. Potong makaroni mejadi kecil dan masukkan ke dalam mangkuk
3. Masak sayur bayam/sawi sehingga lembut bersama air stok
4. Tambah isi ikan yg dicincang halus ke dalam sup dan masak selama 1 minit
5. HIdangkan sup bersama makaroni

p/s:Kak,antara yang best dan boleh buat pengubah selera Ahmadi(kalau Ahmadi tak alahan)-Mi ikan dan  kue teow ayam tu...eem sedap^_^

SELAMAT MENCUBA!

1 comment:

Pija Madzlan said...

11 point utk entry ni :)) nnt saya akan umukan pemenang...datang kembali :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...