Blog utama saya

Sunday, August 29, 2010

CONTEST AKU ANAK MALAYSIA



Salam buat semua,

Marilah sama2 memeriahkanContest dari Adeq ni,kilk disini untuk maklumat lanjut.


MERDEKA, TANAH AIRKU
 

i
Merdeka tanah airku
Bukan belas kasihan
Penjajah yang rakus dan tamak haloba
Kemerdekaan ini atas nama perjuangan sebenar-benarnya
Para wira, serikandi dan negarawan nusa bangsa 
yang berani tabah gagah perkasa merealisasikan wawasan merdeka di petak-petak percaturan kuasa penjajah
Keringat peluh nenek moyang berdekad-dekad
menegakkan panji-panji kebebasan
Perit jerih rakyat marhaen aneka ras membangunkan
mahligai demokrasi keharmonian dan kemajuan
Di petak-petak sawah
Di ladang-ladang getah
Di lombong-lombong timah
Di serata ceruk rantau kota dan desa
 
II
Merdeka, tanah airku
Bukan percuma sebenar-benarnya
Kemerdekaan ini perlu dibayar dengan air mata kemiskinan
Kemerdekaan ini perlu ditebus dengan darah merah
perjuangan dan penderitaan
Kemerdekaan ini perlu diurusniagakan dengan hasil mahsul
iltizam dan amanah ketanggungjawaban
 
III
Merdeka, tanah airku
Bererti:
Kita bebas daripada minda budaya penjajah
Kita bebas daripada politik pecah dan perintah penjajah
Merdeka, tanah airku
Bererti:
Kita bangsa yang utuh merdeka
Kita bangsa yang kukuh setia ceria
Mendaulatkan bahasa nusa
Menjunjung lunas-lunas Rukun Negara
Memartabatkan maruah nusa bangsa di persada antarabangsa
Merdeka, tanah airku
Sebenar-benarnya merdeka kita
daripada belenggu saki baki sisa-sisa penjajah!


(Mingguan Malaysia - 5 September 1999)



ALAMAT:

ROHAINI ASIB
28,JLN9/2,TAMAN PULAI PERDANA,81200
JOHOR BAHRU 
JOHOR DARUL TAKZIM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...