Blog utama saya

Thursday, August 12, 2010

Diary Giveaway




Salam buat semua,

Marilah sama2 memeriahkan Giveaway ni,kilk disini untuk maklumat lanjut.








Masa sekolah...diary temanku,
Tempatku meluah segala yang ku mahu,
Saiznya yang kecil..ku muatkan dalam saku,
Sampai bawah bantal...ku simpan tanpa kawan2 tahu.
 
 

Bila di Kolej...diaryku bertukar,
Kali ni bersaiz besar,
Teman ku meluah rasa...sayang ku padanya makin mekar,
Setia menjadi sahabatku...ketika senang mahupun sukar.
 
 

Diary ku hias...cantik pada pandangan mataku,
Sayangku padanya sudahlah tentu,
Padanya ku luah dan ku catat...tidak ku malu,
Sungguh...ku tak akan jumpa teman yang begitu.
 
 

Tapi...bila jodoh telah ku temu,
Diary itu bukan lagi sahabatku,
Kerana suami tersayang...sanggup berkongsi suka dan duka tanpa jemu,
Tinggallah diaryku...ku kan tetap mengingatimu.
 
 

Kini...diary kesayangan ku tinggal kenangan,
Kemas ku balut dan ku simpan,
Kerana...suami sentiasa berikan sokongan,
Di setiap saat...ketika ku memerlukan.
 
 

Jika rezeki ku...memenangi diary comel ni, 
Kan ku catatkan...segala kenangan ku disini,
Perjalanan ku bertemu jodoh dan kelahiran permata hati,
Moga jadi ingatan hingga akhir nafas ku nanti..


 
 

1 comment:

Aty Adnan said...

dtg melwat sini baca entry...harap bersabar tunggu keputusan GA ini yer! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...