Blog utama saya

Saturday, October 30, 2010

Contest Review Blog Dauspozi.com




Salam buat semua,

Marilah sama2memeriahkan Contest ini,klik Sini untuk maklumat lanjut.

................................................................

Nilah kali pertama saya review blog blogger lain sejak saya jadi blogger dah dekat 1tahun setengah.Saya sendiri akui yang saya tak pandai dalam bab2 blogger,apalagi nak godek2 HTML.Tapi,saya tetap gagahkan juga untuk nak sama2 memeriahkan Contest ni,sebab rasa teruja dengan hadiah yang ditawarkan.Kalau tak dapat hadiah utama pun,mungkin ada rezeki saya untuk hadiah Lucky Draw...manalah tau,kan?Yang penting saya cuba hantar penyertaan saya.

Saya tak kenal Dauspozi hinggalah ada contest review blognya.Jadi,dalam beberapa hari ni saya belek2 blog Dauspozi,cuba cari point ikut apa yang saya tau dalam dunia blogger.Inilah antara yang dapat saya buat dengan  ilmu meng'review' saya yang seciput ni...


BARU TAU EMPUNYA DIRI



Sebelum saya baca keselurahan biodata Dauspozi,tengok pada namanya saja dah saya fikir,mungkin ini blogger senior dan umur mungkin dalam 20-an Tapi,bila saya dah baca...ohh macam tak percaya,rupa2nya Dauspozi ni baru 16tahun ke?Sungguh maju tahap pencapaiannya dalam dunia blogger kalau dibandingkan dengan saya.Rasa malu,saya yang dah umur makin hampir 30tahun ni pun masih merangkak2 walau nak tambah widget dalam blog,tapi Dauspozi membuktikan yang umur bukan penghalang untuk lebih maju.Respect betul dengan dia...masih sekolah dah sampai tahap ni apalagi kalau belajar sampai peringkat tertinggi...huhu

PERKENALKAN IDENTITI DIRI DENGAN WARNA HIJAU
Inilah saya rasa part yang paling menarik dan unik tentang Dauzspozi yang saya rasa jarang jumpa pada blogger LELAKI yang lain.Kenapa?Sebab kebiasaan warna mesti ada kaitan dengan perempuan..dan boleh ambik contoh blogger terkenal yang saya tau..

Merah=Redmummy

Pink=Viruspadu

Hijau=ceraamoon


Dan,memang Dauspozi buktikannya bukan sekadar kata2...











Dari warna header,background,tab,link,button,wowzio hinggalah copypaste pun semuanya hijau.

--------------------------------------------------------------------------------------
MACAM MACAM ADA

-Itulah yang saya boleh kata...dari asas sampai tahap yang susah dalam berblog semua ada.




-Entri2 yang dibuat tak membosankan.Bahasa yang diguna,senang dibaca.Peramah...ramai yang suka^_^




-Layout dan template blog yang simple mesra alam maya.Loading blog yang cepat,tak perlu tunggu lama.





-Widget2 yang diguna juga simple dan kemas.Blog dan susunannya pun teratur rapi.



-Dari segi isi blog juga baik dan merangkumi semua kategori.Sangat berguna untuk rujukan blogger macam saya ni nak belajar atau tahu hal2 yang berkaitan dengan blogging,tutorial semuanya dikongsikan.Memang Dauspozi tak lokek.




----------------------------------------------------------------------------------------


MESRA SEO

Yea..dan bila saya tau tentang Dauspozi yang tegar dalam warna hijaunya buatkan saya tersenyum sendiri.Dauspozi berani mencuba perkenalkan dirinya melalui warna...dan memang tepat sekali percubaan yang dibuat.Tengok contoh ni.Saya cuba Google blog dauspozi gunakan perkataan BLOG HIJAU,dan inilah yang saya dapat.Blog dauspozi ada kat carian utama.



Begitu juga dicarian yahoo..saya cuma menggunakan keyword 'blog Hijau'

--------------------------------------------------------------------------------------
TERBAIK ANTARA YANG TERBAIK

ALEXA






-----------------------------------------------------------------



Cuma...........


HEADER
Yang boleh Dauspozi tengok balik pada header..rasanya header Dauspozi simple...sesuai dengan tahap populariti Daus,mungkin boleh buat header yang terbaik tapi tetap kekalkan imej hijau.

WARNA HIJAU
Mungkin boleh kurangkan tone hijau pada background tu supaya lebih lembut tapi tetap hijau...dan kekalkan tone warna untuk yang lain2.Kiranya match...terang+lembut=Hijau

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu saja ilmu meng'review'yang saya ada...moga diterima semua point saya yea.Yang penting,


Contest Review Blog Dauspozi.com ini ditaja oleh Ihosterz, Yanmie, Mantra, Che Noorazma, Noridah, Fareed Sairi dan Yiedpozi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...