Blog utama saya

Sunday, December 12, 2010

SuaraPeople[dot]com sangat Gempak


Kontest Anda Tulis,Anda Menang
adalah
Sponsor by

Keterangan lanjut,klik SINI




 
Wanita...kau bulan Kau juga suria..

Wanita...kerana keistimewaanmu...terpikul segala Amanah dibahumu


Demi kebahagiaan...semua...


Api Kau genggam menjadi bara...


Jasad lebur...semangat tak lentur..


Wanita mithali...Engkaulah Obor...


 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai manusia
sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku2 supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwadi antara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal"(Surah Al Hujuraat:13)


Itulah aku...Seorang wanita...
 
 


Dan dengan itulah aku diciptakan Tuhan sebagaimana FirmanNYA lagi yang bermaksud :
Dunia adalah perhiasan...seindah perhiasan adalah Wanita Solehah"



Kupu-kupu tetap indah,cantik dan menawan..tika ia hinggap...tatkala ia mengiraikan kepaknya mengitari alam...mahupun tika ia berada di balang.
Namun,kasihan kupu-kupu...tubuhnya cantik dan mempesonakan...tetapi kalau ditambah perkataan malam...maksudnya ke jurang hitam.Hakikatnya bukan semua kupu-kupu keluar malam...hanya sebilangan yang ber'peleseran' di malam hari...itupun kerana terpesona dengan lampu dipinggir jalan.Sebilangan besar kupu-kupu terbang disiang hari...hinggap di bunga2an,menghirup manisan yang tersembunyi ditengah2nya.Kemudian,ia terbang lagi dan hinggap pula di dedaunan segar.Siapapun pasti tertarik dan ingin memiliki keindahan,kecantikan dan keunikan kupu-kupu dihujung jarinya.

Namun,sayap kupu2 mudah berderai apabila disentuh..apabila sudah berderai tiada siapa lagi yang inginkannya....lalu ia pun terbiar....


Demikian aku diciptakan Tuhan untuk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan untuk menghias bunga2an.Tanpa aku..pasti dunia ini terasa sempit dan tidak seronok untuk didiami.Kaum Lelaki akan merasa rimas sebagaimana Nabi Adam a.s pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga.Lalu bermohonlah Baginda ke hadrat Ilahi asgar dikurniakan seorang temanuk berbicara,bersenda gurau dan membina sahsiahnya.Terciptalah Hawa dari tulang rusuk kiri Baginda yang bengkok.Ah,barulah terisi jiwanya...dan barulah segala kenikmatan di syurga terasa wujud.

Ternyata akudiperlukan dalam kehidupan lelaki,sebagaimana bunga amat perlu kepada suntingan kupu2.Ternyata aku dan kupu2 amat diperlukan dalam proses kehidupan manusia dan sistem Pendebungaan.
 
 
 


Tanpa Permaisuri siapalah lelaki yang bergelar Raja itu...

Tanpa Isteri,siapalah lelaki yang bergtelar Suami itu...


Tanpa Wanita,siapalah Pria yang mahu digelar pemimpin itu..


Tanpa perempuan,siapalah Maskulin yang mahu digelar Ayah itu...


 
Alangkah besarnya perananku dalam kehidupan seorang lelaki...begitu juga hebatnya aku dalam merosakkan kehidupan lelaki.

Kalau ku renungkan Cinta manusia,biasanya bermusim dan bersyarat.Sewaktu disenangi...dicintai..pabila benci sukar diramal habuannya.

Dalam bercinta,kudapati manusia kerap berpura2 dan kepura2annya terbatas setakat cintanya dengan sesama makhluk...malah jua turut kepada Allah SWT yang menciptakannya.Zahirnya mengaku dan berikrar mencintai Allah...namun tindak tanduknya dapat mencerminkan apakah benar2 dia mencintaiNYA?Dan Allah sendiri Lebih Mengetahui siapa di antara hamba2NYA yang benar2 MencintaiNYA.

Tanda aku benar2 mencintai Allah ialah berimannya aku kepadaNYA,nampak sifat Taqwaku dan aku sedia berkorban apa saja dengan melakukan sebanyak mungkin kebajikan yang mampu aku laburkan.Aku tidai seorang yang sempurnak akan menipu untuk menjadi sempurna atau perfect bak kata Mat Salleh.Namun aku amat berharap yang aku akan menjadi seorang yang cukup bersabar dan kerap bertaubat...memandangkan iman manusia ini umpama laut...yang ada pasang surutnya...mana mungkin aku tidak melakukan kesilapan..aku bukan maksum!!

Namun penting bagi aku dalam patuh melakukan ibadah fardhu dan rajin mengerjakan ibadah sunat.Aku mahu terus berkasih sayang sesama manusia dan saling silaturrahim semuanya kerana Allah,saling nasihat menasihati,kunjung mengunjungi dan saling memberi demi keredhaanNYA walaupun aku tak se'perfect' mana.Aku tahu Allah melimpahkan kecintaanNYA dan menempatkan orang2 yang dicintaiNYA itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di akhirat.Allah isytiharkan cintaNYA di dalam Al Quran terhadap hambaNYA yang bersungguh2 dalam melakukan ibadah,berbuat kebaikan dan berakhlak mulia.

Beruntunglah orang yang bercinta denganNYA kerana mendapat perhatian,cinta dan kasih sayangNYA.Istimewanya mereka yang dicintaiNYA,seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintaiNYA.KecintaanNYA pasti berakhir dengan bahagia dan tenang tika di dunia lagi...di akhirat kelak dijaminkan pula kebahagiaan yang abadi.
 
 
 
Begitulah istimewanya mereka yang bercinta denganNYA Yang Maha Pencinta itu...semoga akulah orang itu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...